New Launch

Wa da officially launch satu website untuk photography service.
Xperlu malu-malu nak masuk. Just log on

www.flickrmalaya.com

Advertisements

Hafizuddin- Best of Luck

Being posting to Sibu- Good Luck to be Great Teacher.

Lokasi: Kg Terusan.

Din ko da mula nampak untuk menjadi org Sibu. Sudah pandai memegang pancing, da mula masuk kandang ternakan. n pasti lepas nie nak dengar ko makan makanan exotik la plak. Janji halal

Tugas ko tu tugas mulia.. selamat mendidik anak bangsa!











Mastura|

Nampak da semakin skema lak gambar-gambar aku lately ni. Maybe sebab aku byk experiment on capability of the camera + lense. Aku taknak tertipu dengan gambar yang penuh fotographic walaupun ianye menjadi added value terhadap suatu gamba. Aku tetap sukakan originality tapi xbermaksud membenci fotographic. Good photo with X factor+graphic = superb picture.
Aku semakin tegar..mencuba cabang yang lain.But the basic still the same. Lighting, compo and gear utilization. Semua cabang ttp gunakan basic yang sama..Hasil selama beberapa jam di Putrajaya.






Graduation Day!

Salam Aidilfitri 2010


Salam Aidilfitri 2010,

Dulu hari raya la paling dinanti oleh aku masa zaman budak-budak dulu. Sebab time tu aku boleh kumpul duit raya. Tapi time tu duit syiling boleh di terima lagi sebagai duit syiling. Time malam sebelum rayalah aku paling banyak dapat duit syiling. Penuh poket sampai nak terkoyak baju melayu. Bile jalan da macam apek jual eskrim. Malam tu jugak perut leh jadi senak sebab makan banyak sangat sebab banyak sangat rumah nak g takbir. Tapi tu dulu time 15 tahun yang lepas. Masa tu g sekolah bawak duitl 50 posen still releven nak berbelanja di kantin. Then duit raya yang dapat tu pun leh g beli mercun tarik, roket dan katak.
Tapi sekarang aku rase budak bile dapat duit biru jer pun da mengeluh. Walaupun ade 2 keping duit biru pun masih mengeluh. Tinggi expectation budak2 sekarang, Aku ingat kalau sampul duit tu transparent tentu diorg awal2 lagi da reject. Haha..lantak korang la..

p/s: bagi aku dulu aku da merase dapat byk duit raye..sekarang time korang la plak nak merasa. Mmg patut pun korang ade target nak kutip duit raya banyak-banyak sebelum nyesal…byk lagi gambar raya akan menyusul, syoknye ambik gambar..gian aku..

Epul & Ikim

Salam,

Tiada apa yang nak aku coretkan dalam entry kali ini..tapi yang pasti aku puas..puas..dan puas mengambil gambar diorg. Xlupe kepada stand lighting bergerak aku (thanks alot) semasa outdoor..sepupu sepapat aku n juga kepada pasangan pengantin. Epul nie merupakan sepupu belah mak aku…majlis berlangsung di Kg Terusan , Juasseh Negeri Sembilan.

Untuk outdoor aku telah memilih kawasan sawah belakang Masjid Terusan sebagai lokasi. Memang terbaik..Padi pun tengah menghijau. Matahari pula hampir-hampir tenggelam diufuk barat. Aku jamin waktu begini la idaman situkang amik gambar kat luar tu. This is the golden hour. Time nie pun kite boleh lihat cahaya matahari berubah-rubah kalernye. Dari putih kepada kuning dan boleh berubah jadi kebiruan. Dan pasti tempohnya tak lame dan menjadi sebab ia dipanggil Golden Hour.

That the end…

Salam

Fairiz & Ashnani

Salam…lagi schoolmate aku berkahwin. Bagi aku usia 25 nie memang da sesuai sgt untuk berumah tangga. Yang tak kawin tentu da berkira-kira nak kawin. Biar kawin awal nnt anak cepat besar sblm kita tue . Nanti da tua anak leh la jaga kita. Tapi dilihat anak2 zaman sekarang adakah diorang sanggup berkorban untuk menjaga kita dikala usia tua nnt. Kalau dilihat dulu time skolah nak tegur cikgu pun kekadang takut, tapi skrg budak dah advance , siap ngorat lagi cikgu lagi….bahkan cikgu pun diugut.. ni semua sebab asas da kurang macam zaman dulu.. bagi aku rotanlah yang boleh buat kita jadi orang.
Tapi Nani ni bukanlah seorang guru.. cerita itu hanya luahan aku sahaja..

Untuk Majlis Fairiz & Nani aku dibantu oleh Azli.

Keesokannya Majlis Resepsi ini telah digabungkan bersama dengan majlis abangnya. Maka terdapat 2 orang pasangan la pada hari bersejarah tersebut.

Kemudian kami telah shoot outdoor di bangunan putih Lake Garden. Aku memang teringin nak shoot kat sini tapi xpenah kesampaian sebab byk job kat luar kawasan Seremban. Adoi xkan dari Palong nak bawak outdoor kat sini..Tapi kalau pengantin xkesah , selamba je drive bawak ke sini tak kira la dari mane majlis berlangsung. Memang best bangunan nie.. tapi cuaca plak mendung. Alhamdulillah tak hujan. Sempat jugak la berbaring dekat rumput depan bangunan nie. Tapi macam bese keramahan orang Seremban memang menonjol.. Berduyun2 hon aku dengar dari kereta yang lalu lalang…Semuanye memuji si pengantin. Hehe..

Akhir sekali , Thanks kepada Fairiz & Nani serta kawan2 yang sporting semasa shooting outdoor. Aku doakan semoga korang berbahagia ke anak cucu..